Lagi kes individu rugi ditipu guna nama National Scam Response Centre

Oleh: Sholina Osman
28 DIS. 2025

Hati-hati jika menerima panggilan dari National Scam Response Centre (NSRC).

Terbaharu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan oleh seorang individu berkaitan penggunaan nama NSRC pada 24 Disember lalu.

Pengarah JSJK Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mangsa mendakwa mendapat panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai NSRC.

Beliau berkata ‘Pegawai NSRC’ itu memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa telah disalahguna bagi tujuan penyebaran pautan bantuan kewangan kerajaan.

MENGAKU ‘PEGAWAI POLIS’

“Panggilan mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang individu yang mengaku ‘Pegawai Polis’ di mana mendakwa mangsa terlibat dalam kes penggubaham wang haram,” kata beliau dalam kenyataan media.

Rusdi berkata ‘Pegawai Polis’ itu juga mendakwa telah menangkap seorang individu yang telah mengaitkan nama mangsa sebagai pemilik akaun keldai dalam kes tersebut.

“Pada 4 Disember 2025, suspek telah mengarahkan mangsa supaya meletakkan kad ATM milik mangsa di suatu tempat untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan siastan,” kata Rusdi.

Beliau berkata selepas menyerahkan kad ATM dan nombor PIN, mangsa menyedari wang di dalam akaunnya telah berkurangan dan dikeluarkan secara berperingkat tanpa pengetahuan serta tanpa kebenaran. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *