RUU AGENSI PERSENDIRIAN (PINDAAN) 2025

⚖️Diluluskan di Dewan Negara pada
1 Disember 2025

Info Ringkas

29 Disember 2025

Industri keselamatan persendirian di Malaysia telah berkembang dengan pesat dan berskala besar, melibatkan ribuan syarikat serta ratusan ribu tenaga kerja yang beroperasi di seluruh negara.

Sehingga akhir November 2025, terdapat 1,196 syarikat keselamatan persendirian berlesen, dengan 184,584 tenaga kerja, termasuk pengawal tempatan dan asing, serta lebih 6,000 cawangan yang beroperasi merentasi pelbagai sektor dan lokasi strategik.

Perkembangan ini menuntut kawal selia yang lebih tegas, menyeluruh dan berkesan bagi memastikan keselamatan awam, integriti industri serta kepentingan negara terus terpelihara.

Sehubungan itu, kelulusan RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025 di Dewan Negara pada 1 Disember 2025 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri untuk:

🎖️Memperkukuh kawal selia industri keselamatan persendirian;

🎖️Menyeragamkan pelesenan dan pemantauan, termasuk operasi cawangan;

🎖️Meningkatkan tahap profesionalisme, disiplin dan akauntabiliti; dan

🎖️Melindungi keselamatan rakyat serta ketenteraman awam

Pindaan ini adalah langkah penting bagi memastikan industri keselamatan persendirian terus berkembang secara terkawal, berintegriti dan selari dengan keperluan keselamatan semasa negara.

Keselamatan rakyat kekal sebagai keutamaan Kerajaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *