





SEPANG, 1 JANUARI | Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) telah dilancarkan secara serentak di seluruh negara termasuk Terminal 2, Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hadir menyempurnakan sambutan pembukaan yang turut melibatkan 55 pintu masuk utama di kesemua 13 negeri.
VM2026 mencerminkan komitmen Malaysia dalam menampilkan keunikan budaya, keharmonian masyarakat dan layanan mesra, selari dengan tema “Surreal Experiences”.
Pelaksanaan kempen ini diperkukuh melalui pelbagai program kebudayaan, penampilan maskot rasmi Wira dan Manja serta lebih 300 acara yang dirangka sepanjang tahun 2026 sebagai pemacu pertumbuhan pelancongan dan ekonomi negara.
