PKPN: 20,085 unit rumah nelayan dibaik pulih, 265 dibina baharu 2012-2025

Oleh: Sholina Osman
2 JAN. 2026

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membaik pulih sebanyak 20,085 unit rumah nelayan serta 265 unit rumah dibina baharu di seluruh negara menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) sejak diperkenalkan pada tahun 2012 sehingga 2025.

Ketua Pengarahnya Hamdan Mamat berkata sebanyak 280 unit rumah dibina baharu dan dibaik pulih pada tahun 2025 dengan kos RM10 juta juga telah selesai sepenuhnya.

“Bagi tahun ini 2026 akan bertambah kepada 380 unit iaitu 36 unit rumah dibina baharu dan 344 dibaik pulih yang dijangka dimulakan lebih awal iaitu bulan depan,” kata beliau pada sidang media.

Sebelum itu beliau merasmikan Projek Bina Baharu dan gimik penyerahan
’mock key’.

RUMAH BAIK PULIH

Program ini bermula dari rumah penerima rumah baik pulih Mohd Yazair Yahya di Kuala Sanglang dan berakhir di rumah Dahari Nyan, penerima rumah bina baharu di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Turut hadir dalam program ini Pengarah LKIM Negeri Perlis Fairuz Ariffin, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PELARIS) Jasni Hashim dan Pengerusi PNK Kuala Perlis Asri Jab.

Hamdan berkata sebanyak
10 buah telah dibaikpulih yang melibatkan kos sebanyak RM130,000 pada tahun 2024 di Perlis.

Beliau berkata sebanyak 5 rumah dibaikpulih dan 2 dibina baharu melibatkan kos berjumlah RM268,000 pada tahun 2025.

2 DIBINA BAHARU

“Manakala pada tahun 2026 pula 3 rumah akan dibaik pulih manakala 2 dibina baru pada tahun 2026 dengan kos sebanyak RM228,000, ” kata beliau.

Hamdan berkata objektif pemberian bantuan Projek Bina Baharu ini adalah bagi membantu nelayan yang yang tidak memiliki rumah sendiri.

Selain itu, kata beliau program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara pengurusan tertinggi LKIM bersama dengan nelayan.

Hamdan berkata ia adalah peluang bagi mendengar segala kehendak dan keperluan nelayan untuk memastikan LKIM dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh nelayan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *