𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 π‘π€πˆπ‡ π“π„πŒππ€π“ πŠπ„π“πˆπ†π€ ππ„π‘π’π„πŒππ€π‡π€π ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 πŠπŠπƒπ– 𝐃𝐀𝐍 π€π†π„ππ’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“

6 Jan 2026

FELCRA Berhad telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi kategori Persembahan Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Agensi Tahun 2025, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi dan semangat berpasukan.

Anugerah berprestij tersebut telah diterima oleh Pengerusi FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Sri Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, yang hadir diiringi oleh Caretaker Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBrs. Encik Mohamed Ismi bin Abdul Majid. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang berlangsung di Dewan Seri Lestari, Aras B1, KKDW, Putrajaya.

Dalam amanat beliau, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menegaskan hasrat untuk membawa pembangunan desa ke tahap yang lebih tinggi melalui keberanian untuk mengubah cara berfikir, memperbaharui kaedah bekerja serta meninggalkan zon selesa. Penekanan tersebut sejajar dengan aspirasi KKDW dan agensi-agensinya dalam mendepani cabaran semasa serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar.

Pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga FELCRA Berhad untuk terus meningkatkan kecemerlangan, memperkukuh integriti serta mendukung agenda pembangunan desa yang inklusif dan mampan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *