PMX dan Presiden Türkiye saksi pemeteraian tujuh dokumen

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PM0)
9 JANUARI 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye Recep
Tayyip Erdogan menyaksikan pemeteraian tujuh dokumen bagi mengukuhkan kerjasama
strategik antara kedua-dua negara merentasi pelbagai bidang keutamaan.

Beliau berkata pemeterian dokumen berkenaan disempurnakan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri selama tiga hari ke Turkiye atas jemputan Erdogan yang bermula semalam.

Ia melibatkan Surat Niat (LoA) perolehan sebuah Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) 2 antara Kementerian Dalam Negeri dan Desan Shipyard.

BIDANG TELNOLOGI FAKYAT

Memorandun Persefahaman (MoU) bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pihak Berkuasa Informasi dan Teknologi Komunikasi Republik Türkiye.

MoU Kerjasama Penyelidikan antara Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) dan SETA Foundation dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

MoU Kerjasama Kewangan antara EXIM Bank Malaysia dan Türk Eximbank.

MoU Kerjasama Pelaburan antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Türkiye.

Pertukaran Minit Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bersama Pendidikan Tinggi Malaysia–Türkiye.

Perdana Menteri berkata Deklarasi Bersama mengenai penubuhan Majlis Kerjasama Kesemua dokumen ini mencerminkan kesepakatan Malaysia dan Türkiye untuk membina hubungan dua hala yang lebih tersusun, progresif dan saling melengkapi, berteraskan kepentingan strategik serta manfaat jangka panjang kepada rakyat.

“Dalam sidang media bersama, kami menegaskan iltizam bersama untuk memastikan setiap kerjasama yang telah dimeterai dilaksanakan secara berdisiplin, telus dan berkesan,” kata Anwar dalam perkongsian di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *