






10 Jan 2026
Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi mendukung usaha pembangunan dan penambahbaikan Zoo Negara, yakni sebuah institusi pemuliharaan yang tidak hanya mendidik masyarakat, malah menjadi sebahagian daripada warisan negara. Peruntukan ini diumumkan sewaktu berkunjung ke Zoo Negara pagi tadi untuk melihat seekor panda yang baru diterbangkan ke sini.
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu juga merupakan kesinambungan kepada komitmen yang telah diumumkan tahun lalu dan ia mencerminkan iltizam dan tekad berterusan Kerajaan MADANI untuk memastikan kebajikan haiwan, kemudahan awam serta pengalaman pengunjung sentiasa diperkasa.
PMX berkata, Zoo Negara perlu terus dipelihara dan kekal sebagai ruang pendidikan dan riadah untuk keluarga, khususnya anak-anak kecil dan generasi penerus.
” Usaha ini menuntut kerjasama semua pihak, iaitu Kerajaan, pengurusan Zoo Negara, sektor swasta serta masyarakat agar tanggungjawab memelihara khazanah alam dan hidupan liar dapat dipikul bersama demi masa depan yang lestari, ” jelas PMX dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini.
