Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, seramai 20,540 suspek ditahan di KL

Komitmen Tegas KDN Membanteras Jenayah Dadah

12 Jan 2026

Lebih 1.08 juta kilogram pelbagai jenis dadah dengan anggaran nilai melebihi RM1.10 bilion berjaya dirampas hasil 18,352 kes yang direkodkan di ibu negara sepanjang tahun lalu.

Kejayaan besar ini menyaksikan seramai 20,540 suspek berjaya ditahan menerusi tindakan tegas dan bersepadu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pencapaian ini jelas membuktikan kesungguhan dan keazaman berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi penguatkuasaan dalam memastikan keselamatan rakyat terus terpelihara serta mengekang ancaman dadah yang merosakkan masa depan individu, keluarga dan negara.

🔒 Perangi dadah adalah tanggungjawab bersama.

Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan demi kesejahteraan komuniti dan keselamatan tanah air.

📌 Sumber: Astro AWANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *