


PARIT BUNTAR, 12 Januari 2026 – Satu pasukan penguat kuasa KPDN Parit Buntar telah menjalankan pemeriksaan di kawasan Pekan Parit Buntar bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan harga dan bekalan barang kawalan.
Hasil pemeriksaan mendapati bekalan ayam dan telur ayam adalah mencukupi dan dijual pada harga yang mematuhi saranan kerajaan. Penandaan harga pada barangan jualan adalah jelas dan teratur, manakala semua alat timbang yang digunakan disahkan masih sah dari segi penentusahan untuk tujuan perdagangan.
KPDN menegaskan komitmennya untuk memastikan peniaga mematuhi semua peraturan bagi melindungi hak pengguna serta mengekang sebarang benaituk pencatutan harga di pasaran.
Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-717 6055 (KPDN Parit Buntar)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000
