PEMERIKSAAN KENDERAAN DI KOMPLEKS ICQS BUKIT BERAPIT, PENGKALAN HULU

PENGKALAN HULU, 12 Januari 2026 – Pemeriksaan harian dilakukan oleh Penguatkuasa KPDN Perak Cawangan Gerik di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu.

Sebanyak 119 bilangan kenderaan telah diperiksa hari ini melibatkan kenderaan Pacuan Empat Roda (4X4) dan pelbagai kenderaan lain. Hasil pemeriksaan, tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan.

KPDN Perak telah meningkatkan pemeriksaan di sempadan bagi mengekang ketirisan subsidi akibat penyelewengan barang kawalan di sempadan.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-794 1000 (KPDN Gerik)
Whatsapp Aduan:- 019- 279 4317 / 019-848 8000

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *