



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 JAN. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan supaya anak muda yang hadir dalam Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana Putrajaya menggunakan peluang berharga ini serta dimanfaatkan sepenuhnya.
Jelas beliau majlis ini menuntut perbincangan yang mencabar tetapi membina untuk memperkukuh pemikiran dan membentuk generasi yang cemerlang.
“Pengarah Eksekutif United Muslim Masjid, Philadelphia, Amerika Syarikat, Syeikh Dr. Tahir Wyatt, sebagai tetamu istimewa majlis ini baru sahaja tiba di Malaysia,” kata beliau dalam perkongsian di FB.
MENGENAI ESENSI ISLAM
Beliau berkata pesanan Syeikh mengenai esensi Islam dan hikmah dalam menghadapi pelbagai cabaran saya ambil sebagai pengajaran penting juga untuk diri beliau, antaranya segalq tindakan dan keputusan, apabila berpandukan nilai agama, akan lebih bermakna jika digerakkan dengan kebijaksanaan yang dianjurkan oleh Islam.
“Moga acara dan wacana sebegini membawa barakah, memupuk kekuatan, dan memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi ejen perubahan di Malaysia,” jelas Anwar.
Firman Allah SWT:
إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ ١٩٠ ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Mereka yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, seraya berkata: ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.’” (Al-Imran: 190-191) – JM
