Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, sahkan seorang warganegara Malaysia dilaporkan hilang

Oleh: Sholina Osman
17 JAN. 2026

Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi, mengesahkan bahawa seorang warganegara Malaysia telah dilaporkan hilang di Jeddah sejak 15 Januari 2026.

Kenyataan media Wisma Putra memaklumkan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkaitan, termasuk menggerakkan pegawainya ke Lapangan individu tersebut.

Pada 16 Januari 2026, Konsulat Jeneral telah memudah cara agensi pelancongan Malaysia yang berkaitan serta rakan kongsi tempatan mereka di Jeddah untuk membuat laporan polis rasmi selaras dengan keperluan peraturan di Arab Saudi.

MENYEGERAKAN USAHA PENCARIAN

Sehingga 17 Januari 2026, Konsulat Jeneral terus berurusan dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyegerakan usaha pencarian selain memberikan bantuan konsular kepada waris, serta sentiasa berhubung rapat dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Kementerian ini, sambil menegaskan komitmennya dalam memastikan kebajikan dan keselamatan setiap warganegara Malaysia di luar negara, ingin menekankan bahawa butiran terperinci dan perkembangan berkaitan kes ini hanya akan dikongsi kepada ahli keluarga terdekat demi menghormati privasi pihak-pihak yang terlibat.

Prinsip tidak mendedahkan maklumat kepada pihak yang tidak berkaitan ini bertujuan bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar demi mencapai keputusan yang terbaik serta mengelakkan sebarang kekhilafan fakta berkaitan pihak-pihak yang terlibat.

Warganegara Malaysia yang ingin memberikan maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pihak
Kementerian dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah di butiran yang disediakan di bawah:
KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI JEDDAH
Nombor telefon:
Emel:
+966-12-6727740 / +966-12-6728019 / +966-12-6760877
mwjeddah@kin.gov.my – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *