PENAMBAHBAIKAN SISTEM IMIGRESEN MALAYSIA

πŸ”βœˆοΈ Demi Keselamatan & Kelancaran Perjalanan Masa Depan

19 Jan 2026

Imigresen Malaysia kini sedang melaksanakan penambahbaikan dan pemodenan sistem sedia ada di semua pintu masuk dan keluar negara melibatkan sempadan darat, laut dan udara.

Langkah ini bertujuan memastikan sistem imigresen negara menjadi lebih selamat, cekap dan selaras dengan keperluan serta piawaian antarabangsa, khususnya dalam aspek keselamatan identiti dan perjalanan rentas sempadan.

πŸ‘‰ Dalam tempoh peralihan ini, urusan perjalanan anda tidak terjejas.
Pengembara masih boleh menggunakan pilihan sedia ada, iaitu:
βœ”οΈ MyBorderPass
βœ”οΈ Autogate menggunakan pasport
βœ”οΈ Kaunter pemeriksaan fizikal

Pendekatan ini memastikan pergerakan keluar masuk negara kekal lancar, fleksibel dan inklusif, tanpa sebarang paksaan untuk beralih secara mendadak.

Sebagai sebahagian daripada transformasi ini, MyNIISe diperkenalkan sebagai aplikasi imigresen digital terbaharu Malaysia.

MyNIISe akan menjadi platform imigresen digital masa hadapan, dan pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat, bermula dengan tempoh percubaan sebelum diperluaskan ke pintu masuk utama negara.

πŸ”‘ Bagi menjamin keselamatan penggunaan MyNIISe, pendaftaran MyDigital ID diperkenalkan sebagai kunci keselamatan digital:

  • Tiada data peribadi disimpan dalam aplikasi;
  • Pengesahan identiti terus dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  • Mengelakkan penipuan identiti digital.

πŸ—“ Tempoh Peralihan yang Jelas:
β–ͺ️ Sehingga 15 Januari 2026
– Pengguna MyNIISe digalakkan mendaftar MyDigital ID

β–ͺ️ Selepas 15 Januari 2026
– Pengguna baharu MyNIISe: Pendaftaran MyDigital ID adalah wajib
– Pengguna sedia ada: Masih boleh menggunakan kaedah log masuk sedia ada

β–ͺ️ Sehingga 28 Februari 2026
– Tempoh percubaan MyNIISe
– Masa mencukupi diberikan untuk pendaftaran dan pembaharuan MyDigital ID

Semua langkah ini dilaksanakan secara berperingkat, terancang dan berfokuskan rakyat, demi keselamatan sempadan negara serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan dipercayai pada masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

KDNMalaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *