
19 Jan 2026
(Info Ringkas)
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan pinjaman AHLONG yang menawarkan wang mudah, cepat lulus dan tanpa dokumen. Pinjaman sebegini selalunya mengenakan faedah yang sangat tinggi, ugutan, serta boleh membahayakan keselamatan diri dan keluarga.
Ingatlah,
- Tiada pinjaman yang benar-benar ‘mudah’ tanpa risiko.
- Ahlong sering menggunakan ugutan, kekerasan dan penyebaran maklumat peribadi.
- Masalah kewangan akan menjadi lebih parah, bukan selesai.
Sekiranya memerlukan bantuan kewangan,
- Rujuk institusi kewangan berlesen.
- Dapatkan nasihat daripada agensi kaunseling kewangan.
- Berbincang dengan keluarga atau pihak yang dipercayai.
Katakan TIDAK kepada AHLONG. Lindungi diri, keluarga dan masa depan anda.
