



TATAU, 18 Jan — Kesemua 626 penduduk di kawasan terputus hubungan di Daerah Tatau yang terjejas akibat banjir telah menerima bantuan makanan sepenuhnya menerusi operasi penghantaran oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tatau.
JPBD Tatau memaklumkan bahawa penghantaran bantuan melibatkan kawasan Kelebu/Kakus seramai 209 penerima dan Penyarai seramai 417 penerima, dengan 269 penerima terakhir diselesaikan hari ini.
Operasi berkenaan dilaksanakan menggunakan empat bot melalui laluan sungai dan disokong oleh 25 petugas pelbagai agensi, termasuk JBPM, PDRM, APM, JKM, UKPS dan Pejabat Daerah Tatau.
Menurut JPBD Tatau, kesemua operasi penghantaran bantuan berjalan lancar dan keperluan asas makanan penduduk terjejas telah dipenuhi sepenuhnya.
Wartawan/Foto/Video: ISKANDAR SHAH
