SINGAPURA BUKA KONSULAT DI SARAWAK DAN SABAH TAHUN INI

KUCHING, 19 Jan – Singapura akan membuka pejabat konsulatnya di Sarawak dan Sabah pada tahun ini bagi meningkatkan akses dalam sektor perdagangan dan pelaburan.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, pembukaan pejabat konsulat di dua negeri berkenaan adalah langkah penting untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara Singapura dan Malaysia, khususnya di Malaysia Timur.

Menurut beliau, ketika ini pihaknya masih meninjau lokasi yang sesuai di Kuching dan Kota Kinabalu bagi pengoperasian pejabat konsulat tersebut.

β€œKami berharap dapat melihat konsulat ini dibuka pada pertengahan tahun ini. Itu adalah perancangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Kuching hari ini.

Beliau turut mendedahkan bahawa pembukaan pejabat konsulat di Kuching dijangka dapat meningkatkan kemasukan pelancong dari Singapura ke Sarawak, yang menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Wartawan/Foto: DICKIN

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *