๐——๐—จ๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—  ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”


๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ช๐—œ, ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis berjaya menahan dua buah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) yang disyaki telah melanggar syarat sah lesen dalam satu rondaan rutin OP AMAN, OP TIRIS 3.0, OP GUARD 5.0, OP KHAS TANJUNG 2 SIRI 1/2026 di kedudukan lebih kurang 6.4 batu nautika Barat Laut Tanjung Chinchin, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, VNT terbabit bersama dua tekong dan empat orang kru warganegara Thailand yang berumur antara 38 hingga 64 tahun ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

โ€œHasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu mengankap ikan kurang daripada 15 batu nautika dan di bawah Akta Imigresen 1959/63,โ€ jelas beliau.

Ujar Romli lagi, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM1 juta dan vesel beserta barang kes dan kru ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis untuk siasatan lanjut.

Romli dalam pada itu menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *