
24 Jan 2026
Jabatan Imigresen Malaysia memandang serius setiap dapatan dan syor oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkaitan aktiviti pasport terbang di Terminal 1, KLIA.
- Seramai 41 pegawai telah dikenakan tindakan tatatertib dan daripada jumlah itu, 20 pegawai telah dikenakan hukuman buang kerja. Tindakan ini diambil selaras dengan peraturan dan undang-undang perkhidmatan awam yang berkuat kuasa.
- Di samping itu, 61 kes yang dirujuk oleh EAIC telah dibawa ke Mesyuarat JK Aduan dan diambil tindakan mengikut proses tatatertib yang berkuat kuasa.
- Ini mencerminkan komitmen berterusan JIM dalam menegakkan integriti, memperkukuh pematuhan SOP serta memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kekal telus dan berakauntabiliti.
