PEMERIKSAAN ALAT TIMBANG DAN SUKAT PEMERIKSAAN MINYAK MASAK BOTOL, PEMERIKSAAN TANDA HARGA, PEMERIKSAAN STOK BARANG KAWALAN SERTA LAIN-LAIN PEMERIKSAAN DI BAWAH AKTA YANG DIKUATKUASAKAN

TELUK INTAN | 24 Januari 2026 – Sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Teluk Intan telah menjalankan pemeriksaan harga & alat timbang, serta pematuhan harga maksimum dan bekalan semasa barang keperluan.

Pemeriksaan pada hari ini melibatkan premis-premis runcit di kawasan Teluk Intan dan Bagan Datuk.

STOK BARANGAN ASAS

Hasil pemeriksaan terhadap 48 premis yg merangkumi gerai pasar basah & kedai runcit mendapati bekalan minyak masak, telur ayam dan ayam yang berada di pasaran, dijual tidak melebihi harga kawalan.

Kesemua premis yang diperiksa mempunyai stok barang asas yang mencukupi dan tiada masalah bekalan.

Membuat pemeriksaan di bawah Ops Kesan 2026 ke atas premis yang telah diperiksa dengan merekodkan harga jualan dan kos terkini bagi barangan Keperluan Harian dan Produk Makanan.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-625 3100 (KPDN Teluk Intan)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

©Unit Media 2026 | KPDN Perak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *