






PUTRAJAYA, 30 Januari 2026 โ Hari Terbuka Putrajaya (Putrajaya Open Day) 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 hari ini terus menarik kehadiran orang ramai menerusi pelbagai pengisian interaktif dan berinformasi. Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat peranan serta fungsi agensi-agensi kerajaan.
Antara pengisian utama di reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ditawarkan kepada pengunjung ialah:
๐น Jualan produk SUKA AADK oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
๐น Jualan produk My Pride oleh Jabatan Penjara Malaysia
๐น Jom Exchange Al-Quran (JEQ) penukaran naskhah Al-Quran tanpa kelulusan KDN kepada naskhah yang telah diperakui
๐น Pengenalan MyNIISe, Gerbang Digital Imigresen Malaysia bagi pra-pelepasan imigresen secara digital, termasuk integrasi MyDigital ID serta penggunaan e-Gate
๐น Pameran aset persenjataan dan kelengkapan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
๐น Pendaftaran keahlian baharu RELA untuk orang awam
๐น Sesi interaktif Kuiz Kahoot anjuran National Integrated Immigration System (NIISe) bagi meningkatkan kefahaman orang awam mengenai perkhidmatan imigresen digital
๐น Pengalaman Virtual Reality (VR) oleh Jabatan Penjara Malaysia yang memberikan gambaran situasi serta persekitaran institusi penjara
Hasil sesi penjurian yang diadakan semalam, reruai Kementerian Dalam Negeri telah berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Reruai Perkhidmatan Terbaik.
Penyertaan KDN dalam Hari Terbuka Putrajaya 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia MADANI dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, selamat dan mesra rakyat, di samping mendekatkan peranan serta fungsi kementerian kepada komuniti.
๐ Dataran Putrajaya, Presint 3
๐ 29 Januari โ 1 Februari 2026
๐ 10.00 pagi โ 10.00 malam
