RIDE SEMARAK KASIH RELA BERSAMA MENTERI DALAM NEGERI

KULIM, 1 Februari 2026 – Program Ride Semarak Kasih RELA telah berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan menerusi konvoi bermotosikal bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri ke beberapa buah rumah penduduk.

Program ini bertujuan menyantuni masyarakat setempat melalui penyampaian sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan, melibatkan tiga (3) buah keluarga yang sempat diziarahi. Lawatan ini turut mengambil kesempatan untuk meninjau keperluan kediaman anggota RELA yang terlibat.

Seramai 50 peserta yang terdiri daripada konvoi bermotosikal dan kenderaan telah terlibat, sekali gus memeriahkan lagi program yang berteraskan semangat keprihatinan dan kesukarelawanan.

Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. TKPjR Mahather Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RELA, dan PPjKR. Noriemie bin Ismail, Pengarah RELA Kedah.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *