“PHONE SCAM”, GADIS, 26 TAHUN RUGI RM161,200.00

KUCHING, 3 FEB,Di Kuching, seorang gadis berumur 26 tahun kerugian lebih 161-ribu-ringgit selepas menjadi mangsa penipuan telefon.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, pada 7 Januari lepas, mangsa dihubungi individu tidak dikenali yang menyamar sebagai polis dan mendakwa mangsa terlibat dalam satu aktiviti jenayah.

Terpedaya dengan panggilan itu, mangsa telah membuat 12 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun berbeza bagi membersihkan namanya, selain dijanjikan wang tersebut akan dipulangkan semula.

Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas membuat semakan di balai polis terdekat.

Mangsa kemudiannya, memfailkan laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk lebih peka akan modus operandi penipu ini dan menyemak sebarang tuduhan kes di balai polis berhampiran.

Dickin

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *