AHLI PARLIMEN TAMPIN DILANTIK SETIAUSAHA KELAB PENYOKONG KERAJAAN MADANI

5 Feb 2026

Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa BBC yang dihadiri oleh Ketua Whip bagi setiap parti dalam Kerajaan serta Ahli-Ahli Parlimen Bebas yang menyokong Kerajaan MADANI.

Antara perkara yang dibincangkan meliputi pengukuhan peranan BBC sebagai rakan strategik kepada Kerajaan MADANI dalam memastikan agenda reformasi, kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat terus diperkasa melalui peranan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan.

Turut diberi perhatian ialah perancangan strategi dalam mendepani Pilihan Raya Umum akan datang, termasuk usaha memperkukuh naratif dasar Kerajaan, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memperkemas kesiapsiagaan jentera Ahli Parlimen Kerajaan di lapangan.

Mesyuarat turut meneliti pelaksanaan program-program turun padang bersama rakyat serta program pengukuhan aktiviti antara ahli BBC bagi mengeratkan lagi ukhuwah dan kerjasama rentas parti dalam Kerajaan MADANI, termasuk pelaksanaan program libat urus secara bersepadu melibatkan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan.

Mesyuarat juga bersetuju melantik YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin sebagai Setiausaha BBC yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Saya merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan ini dan yakin beliau akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh penyelarasan organisasi BBC serta menyokong gerak kerja Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan MADANI secara lebih tersusun dan berkesan.

BBC komited untuk terus menjadi wadah penyelarasan, sokongan dasar dan komunikasi strategik antara Ahli Parlimen Kerajaan bagi memastikan kestabilan politik serta agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan secara berkesan demi kepentingan rakyat dan negara.

Sumber :- FB Datok Dr. Z

MalaysiaMADANI

BBC

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *