



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri
5 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Balairung Seri, Istana Negara.
“Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Anwar berharap semoga terus laksana amanah dengan penuh keikhlasan serta memperteguh iltizam berbakti kepada agama, bangsa dan negara. – JM
