Kemajuan negara tidak boleh diukur dengan angka, statistik semata-mata – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kemajuan negara tidak boleh diukur dengan angka dan statistik semata-mata.

Beliau berkata kemajuan hanya bermakna jika dirasai rakyat, sama ada pembangunan membuka ruang mobiliti sosial, pertumbuhan menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan yang bermakna, serta kehidupan yang lebih terjamin dan bermaruah.

“Walhasil, iltizam Kerajaan MADANI untuk mengubah nasib rakyat bermula dengan reformasi tatakelola lantas melahirkan kepercayaan pelabur dan mewujudkan kemajuan berkekalan,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

FORUM EKONOMI MALAYSIA

Terdahulu Anwar menyampaikan
Ucaptama di Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Beliau berkata FEM 2026 menjadi wadah penting untuk kita membahas secara terbuka cabaran ekonomi yang semakin mendesak termasuk kemajuan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI), jurang kekayaan yang melebar, hinggalah implikasi perubahan iklim terhadap kesejahteraan rakyat.

“Insya-Allah, jika kita berpegang teguh kepada amanah untuk melakukan yang terbaik demi rakyat, Malaysia akan terus mara dengan yakin, berdisiplin dan terhormat,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *