
5 Feb 2026
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) wajar diposisikan sebagai institusi kepercayaan selain menjadi sumber rujukan kebenaran nasional, dalam usaha memperkukuh ekosistem komunikasi negara serta menangani cabaran maklumat palsu dan manipulasi digital.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah berkata Bernama bukan sahaja sebuah institusi media nasional yang berwibawa, tetapi juga berperanan penting sebagai nadi penyampaian maklumat sahih, beretika dan berimbang kepada rakyat serta masyarakat antarabangsa.
ERA TEKNOLOGI
Beliau berkata dalam era teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), deepfake dan maklumat terpesong serta landskap komunikasi yang semakin mencabar, peranan Bernama sebagai sumber berita dipercayai semakin kritikal.
