πŠπ’π” πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπŠπ€π’πˆ π€πƒπ€πŠπ€π 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ πŠπ„ ππ„π‘ππ€πŒπ€

5 Feb 2026

#Kuala Lumpur Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ini merupakan lawatan pertama Abdul Halim ke Bernama selepas dilantik memegang jawatan berkenaan pada 24 Nov tahun lepas.

Abdul Halim tiba di lobi Wisma Bernama pada 3.15 petang dan disambut Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson serta barisan pengurusan tertinggi agensi berita itu.

Turut hadir dalam lawatan itu, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed.

Selain mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Bernama, Abdul Halim turut mendengar taklimat mengenai operasi dan peranan agensi berita itu dalam memperkasa penyampaian maklumat negara.

πŸ“Έ Shafiq Hashim | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *