YB MENTERI DALAM NEGERI MENGHADIRI FORUM EKONOMI MALAYSIA 2026

5 Feb 2026

KUALA LUMPUR:
– YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, telah menghadiri dan mengambil bahagian dalam Forum Ekonomi Malaysia 2026, platform utama perbincangan hala tuju sosioekonomi negara yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sebagai tetamu kehormat utama.

Forum ini dimulakan dengan ucapan daripada pengasas Siri, Mr. Tom Gruber, yang berkongsi wawasan dan pengalaman beliau dalam membina inovasi teknologi yang berpaksikan kecerdasan buatan serta kolaborasi manusia-teknologi, sekali gus membuka ruang perbincangan ke arah pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Sesi seterusnya diteruskan dengan ucaptama oleh YAB Perdana Menteri yang menegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap agenda pembaharuan negara, dengan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berundur daripada reformasi dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kompromi terhadap integriti, sebagai asas kepada tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti.

Forum Ekonomi Malaysia 2026 turut dihadiri oleh barisan menteri Kerajaan Persekutuan, pemimpin sektor awam dan swasta, tokoh industri serta pemain ekonomi utama negara dalam usaha memperkukuh perbincangan strategik berkaitan hala tuju ekonomi Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *