
- PUTRAJAYA, 6 Februari 2026 – Negara akan menerima kunjungan rasmi Presiden India pada 7 hingga 8 Februari 2026.
- Lawatan rasmi tetamu negara ini mencerminkan hubungan diplomatik yang
kukuh serta saling menghormati antara kedua-dua negara. Kementerian Dalam
Negeri (KDN) melalui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab menyusun semua persiapan keselamatan sempena lawatan tersebut demi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam. - Sehubungan itu, orang ramai digesa tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi tersebut. Pihak PDRM juga akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan dan meminta mereka memberi kerjasama tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang.
- Sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara, KDN melalui PDRM akan terus melaksanakan
tanggungjawabnya secara profesional dan tegas bagi menjamin keselamatan
rakyat serta kestabilan negara.
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
6 Februari 2026
