




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemajuan negara menuntut pentadbiran awam yang berintegriti, profesional serta berteraskan amanah.
Beliau berkata ia akan hanya dapat direalisasikan melalui semangat berpasukan yang kukuh dan sinergi erat antara kepimpinan politik dengan seluruh jentera Perkhidmatan Awam.
Sehubungan itu kata beliau segala dasar dan keputusan yang dirangka mesti diterjemahkan kepada impak nyata kepada rakyat supaya kebajikan dan kesejahteraan mereka dilihat dan dirasai dalam kehidupan seharian
“Hadamlah bahawa amanah ini menuntut budaya kerja berprestasi tinggi, kebersamaan yang mantap serta komitmen tidak berbelah bahagi untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segalanya,” kata beliau dalam perkongsian di FB.
Terdahulu Anwar menghadiri Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan sebagai kesinambungan permukiman Jemaah Menteri sebelum ini. – JM
