




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 FEB. 2026
Komuniti India merupakan sebahagian penting daripada pembinaan negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sumbangan yang melangkaui pelbagai bidang serta menjadi tunjang kepada keharmonian dan kemajuan masyarakat majmuk Malaysia.
Beliau juga menegaskan hubungan Malaysia dan India juga bukan sekadar terjalin melalui dasar dan perjanjian rasmi semata-mata.
“Hubungan tersebut telah berakar kukuh dalam sejarah, budaya serta persahabatan yang telah dibina sejak berabad lamanya,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
SEMPENA LAWATAN RASMI
Terdahulu Anwar hadir ke Program Bersama Komuniti India sempena lawatan rasmi Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), petang semalam.
Beliau berkata persahabatan dua Malaysia-India terus diperkukuh melalui kerjasama yang semakin bermakna dalam bidang ekonomi, digital, teknologi serta pertukaran rakyat, sejajar dengan aspirasi pembangunan masa hadapan kedua-dua negara.
Anwar berkata dalam dunia yang semakin sarat dengan ketidaktentuan dan cabaran global, Malaysia dan India wajar terus menjadi suara yang mengutamakan dialog, kerjasama dan nilai kemanusiaan.
“Hakikatnya, persahabatan antara negara dinilai bukan pada kata-kata, tetapi pada sejauh mana kerjasama tersebut membawa manfaat yang nyata kepada kehidupan rakyat,” kata beliau. – JM
