๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ ๐——๐—จ๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ, ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ฅ๐—จ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—œ๐—–๐—˜๐—ž๐—จ๐—ฃ.

๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua Vesel Nelayan Asing Indonesia (VNAI) dalam tempoh empat hari hasil rondaan dan pemantauan berterusan di perairan negeri ini, sekali gus menahan 10 kru warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti perikanan haram.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, tangkapan terbaharu dibuat kira-kira pukul 12.00 tengah hari semalam apabila sebuah VNAI ditahan oleh kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan 35 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati vesel berkenaan dipercayai sedang menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran sah.

โ€œVesel tersebut dikendalikan lima kru warga Indonesia berusia antara 32 hingga 52 tahun dan kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa,โ€ kata beliau.

Dalam kejadian berasingan, beliau turut memaklumkan, sebuah lagi VNAI telah ditahan pada 6 Februari lalu selepas dikesan menjalankan aktiviti perikanan di perairan Malaysia.

โ€œVesel terbabit dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berusia antara 19 hingga 34 tahun dan turut gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah,โ€ katanya lagi.

Muhammad Suffi menjelaskan, kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, serta Akta Imigresen 1956/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

โ€œSemua kru dan vesel terlibat telah ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Pulau Pinang dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang,โ€ jelasnya.

Beliau turut menegaskan, Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan menggunakan pelbagai aset laut bagi membanteras aktiviti pencerobohan serta salah laku di perairan negeri.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan berkenaan sebarang aktiviti jenayah atau insiden di laut, boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 011-3660 0145 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *