PENAMBAHBAIKAN HAK PASANGAN WARGA ASING DEMI KESEJAHTERAAN KELUARGA

11 Feb 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pelaksanaan dasar imigresen negara secara seimbang antara keselamatan nasional dan kebajikan keluarga rakyat Malaysia.

πŸ’¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

β€œKerajaan sentiasa memastikan dasar imigresen negara dilaksanakan dengan tegas dan adil, namun dalam masa yang sama mengambil kira aspek kebajikan keluarga rakyat Malaysia. Penambahbaikan ini mencerminkan pendekatan seimbang antara keselamatan negara dan nilai kemanusiaan.”

  • YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Melalui penambahbaikan dasar sedia ada, pasangan warga asing kepada rakyat Malaysia yang memegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) kini diberi ruang untuk memohon endosmen kebenaran bekerja tertakluk kepada penilaian kes demi kes oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Langkah ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab berlandaskan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pendekatan ini bukan sahaja memastikan pematuhan undang-undang, malah memberi sokongan kepada kestabilan institusi keluarga dan kesejahteraan hidup rakyat, selaras aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan keseimbangan.

KDN akan terus komited memperkasa dasar yang responsif, telus dan berfokuskan rakyat demi memastikan sistem imigresen negara kekal teratur, berintegriti dan diyakini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *