



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 FEB 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan, yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau dan kembali ke Washington dalam masa terdekat.
Beliau berkata pertemuan ini turut menjadi ruang menzahirkan penghargaan atas sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan strategik Malaysia–Amerika Syarikat, khususnya dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, digital, teknologi serta kerjasama keselamatan.
“Hubungan erat antara kedua-dua negara kekal penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memperluas peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat,” kata Amwar dalam hantaran di FB. – JM
