๐’๐๐‘๐Œ ๐’๐„๐๐€๐‘ ๐‹๐”๐€๐’ ๐Œ๐„๐’๐„๐‰ ๐€๐๐“๐ˆ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“

PUTRAJAYA, 12 Februari โ€“ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan usaha menyebarluaskan mesej antirasuah dalam sektor perkhidmatan awam melalui penganjuran Bengkel Antirasuah dalam Penguatkuasaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Program selama dua hari itu menghimpunkan seramai 30 Pegawai Penguatkuasa JBPM Kumpulan Pengurusan Profesional Zon Tengah yang melibatkan Negeri Sembilan, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bengkel tersebut memberi tumpuan kepada pendedahan risiko dan bentuk salah laku rasuah yang berpotensi berlaku dalam tugasan penguatkuasaan. Perkongsian disampaikan oleh PPj Mohamad Izam bin Abd Nasir dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM, yang menekankan isu berkaitan urusan pengeluaran dan pembaharuan Sijil Perakuan Bomba (FC), termasuk proses pemeriksaan bangunan atau premis.

Selain itu, peserta turut dibimbing memahami isu tatakelola yang kerap menjadi punca risiko rasuah, antaranya tuntutan palsu melibatkan elaun kehadiran anggota di bawah seliaan, penyalahgunaan kuasa dalam urusan kontrak pembekalan peralatan, serta kontrak penyelenggaraan dan pembaikan bangunan JBPM. Pengisian program turut memperkukuh kefahaman peserta mengenai integriti dalam perkhidmatan awam dan kesalahan yang diperuntukkan di bawah Akta SPRM 2009.

Bagi memastikan penyampaian lebih berkesan, program ini turut menerapkan elemen interaktif melalui pendekatan gamifikasi antirasuah, latihan amali dan pembentangan kajian kes. Ketua Unit Integriti JBPM, YS PPjB Syed Azman bin Syed Ghazali, menyatakan harapan agar bengkel ini dapat membantu mengurangkan tahap risiko rasuah, memperkemas tatakelola organisasi, serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap JBPM.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *