๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KEJAYAAN TERBESAR MEMERANGI NAJIS DADAH NEGARA

KOTA KINABALU, 13 Januari 2026, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement dalam usaha memerangi ancaman dadah yang merupakan Musuh No.1 Negara.

Pelaksanaan Op Coleoptera dan Op Bayu 2 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa terbesar di Sabah bagi dekad ini dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM240 juta.

Operasi bersepadu bersama pelbagai agensi penguatkuasaan membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam melindungi rakyat melalui pendekatan berasaskan risikan pintar, teknologi serta tindakan tegas di bawah undang-undang.

Kejayaan ini bukan sekadar angka, ia membawa impak people-centric yang signifikan dengan memutuskan rantaian pengedaran dadah berskala besar, sekali gus melindungi masa depan generasi muda dan kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Orang ramai diseru untuk terus bekerjasama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa demi memastikan negara kekal selamat, aman dan bebas daripada ancaman najis dadah.

โœฆ JSJN PERANGI DADAH, LINDUNGI GENERASI โœฆ

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *