6,200 PATI DITAHAN SEJAK JANUARI 2026: SMART ENFORCEMENT IMIGRESEN DIPERHEBAT SELURUH NEGARA

14 Feb 2026

Sejak Januari 2026, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan kira-kira 1,700 operasi di seluruh negara dengan pemeriksaan melibatkan lebih 27,000 warga asing. Hasil operasi bersepadu ini menyaksikan 6,200 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta 230 majikan diambil tindakan tegas atas pelbagai kesalahan imigresen.

💬KENYATAAN YB MENTERI DALAM MEGERI

“Kerajaan komited memastikan undang-undang imigresen dipatuhi sepenuhnya melalui pendekatan Smart Enforcement yang lebih strategik, berfokus dan berintegriti demi keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya.
-YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Operasi yang dijalankan bukan sahaja menumpukan premis perniagaan dan kawasan tumpuan awam, malah akan dipertingkatkan menjelang Ramadan bagi memastikan tiada penyalahgunaan permit kerja atau tapak bazar.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) | 14 Februari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *