


PULAU TIOMAN, 19 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan rasmi Paduka Baginda ke Pulau Tioman dan Rompin, sambil menegaskan komitmen berterusan untuk memperkasa pembangunan serta kebajikan rakyat di negeri ini.
Dalam titah, Paduka Baginda merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sokongan berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat, khususnya di Pulau Tioman. Paduka Baginda turut menghargai usaha wakil rakyat dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam menjayakan program lawatan tersebut.
βSepanjang lawatan di sini saya berkesempatan meninjau beberapa lokasi serta projek kecil termasuk cadangan projek pertanian yang diusulkan oleh Persatuan Peladang.
βSaya mahu lihat lebih banyak projek pertanian dihidupkan semula dan dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada hasil dari tanah besar,β titah Paduka Baginda.
Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Rakyat di Pulau Tioman, hari ini.
Dalam pada itu, Paduka Baginda turut menyatakan komitmen untuk mengemukakan segala pandangan dan keperluan yang dibangkitkan oleh penghulu dan ketua kampung kepada kerajaan negeri serta kerajaan pusat, khususnya berkaitan keperluan membaik pulih jeti di Kampung Mukut, Kampung Paya dan Kampung Juara.
Menurut Baginda, pembaikan tiga hingga empat projek jeti itu dianggarkan menelan kos sekitar RM40 juta dan amat penting demi kelangsungan industri pelancongan serta kemudahan pengangkutan barangan ke pulau berkenaan.
βJeti-jeti ini adalah nadi kepada pelancongan dan sumber bekalan penduduk. Ia satu keperluan asas yang mesti diberi keutamaan,β titah Paduka Baginda.
Selain itu, Paduka Baginda turut menyentuh keperluan penyediaan kemudahan asas lain termasuk pembinaan mini hospital, penambahbaikan laluan dan pemasangan lampu solar di beberapa kampung seperti Salang, Juara, Mukut, Nipah, Paya dan Genting, bukan hanya tertumpu di Kampung Tekek.
Menyentuh soal pembangunan pelancongan, Paduka Baginda memaklumkan bahawa cadangan pembinaan landasan kapal terbang baharu sebelum ini tidak diteruskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
Namun begitu, usaha untuk meningkatkan akses dan kemudahan pelancongan tetap perlu diteroka termasuk cadangan pembinaan laluan pejalan kaki (boardwalk) secara berperingkat dari Kampung Air Batang ke Salang, tertakluk kepada kemampuan kewangan.
Mengakhiri titah, Paduka Baginda mendoakan agar seluruh rakyat Pahang dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keberkatan serta terus memperkukuh hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat.
βSelagi ada kudrat dan nafas, saya akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Pahang,β titah Paduka Baginda. -KESULTANAN PAHANG
ββββ
HRH THE SULTAN OF PAHANG EXPRESSES APPRECIATION TO ALL PARTIES INVOLVED DURING WORKING VISIT TO PULAU TIOMAN
PULAU TIOMAN, 19 February 2026 β His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, expressed his appreciation to the State Government and all parties involved in making his official working visit to Pulau Tioman and Rompin a success, while reaffirming his continued commitment to strengthening development and the welfare of the people in the state.
In his royal address, His Royal Highness conveyed his gratitude to the Pahang State Government for its ongoing support in delivering services to the local community, particularly in Pulau Tioman. His Royal Highness also acknowledged the efforts of elected representatives and government officials who were involved in organising the visit.
βThroughout my visit here, I had the opportunity to inspect several locations as well as small-scale projects, including proposed agricultural initiatives put forward by the Farmersβ Association.
βI wish to see more agricultural projects revived and fully utilised by the local community. We cannot depend entirely on supplies from the mainland,β His Royal Highness decreed.
His Royal Highness made these remarks when he graced the Iftar Ceremony with the people of Pulau Tioman today.
In addition, His Royal Highness expressed his commitment to bringing forward all views and needs raised by village heads and community leaders to both the state and federal governments, particularly regarding the urgent need to repair and upgrade jetties in Kampung Mukut, Kampung Paya and Kampung Juara.
According to His Royal Highness, the repair of three to four jetty projects is estimated to cost approximately RM40 million and is crucial to sustaining the tourism industry as well as facilitating the transportation of goods to the island.
βThese jetties are the lifeline of tourism and the main supply route for residents. They are a basic necessity that must be prioritised,β His Royal Highness said.
His Royal Highness also touched on the need to provide other essential facilities, including the construction of a mini hospital, improvements to village roads and the installation of solar street lights in several villages such as Salang, Juara, Mukut, Nipah, Paya and Genting, and not solely concentrated in Kampung Tekek.
On tourism development, His Royal Highness noted that a previous proposal to construct a new airport runway was not pursued after taking into account the views of various stakeholders.
Nevertheless, efforts to improve accessibility and tourism facilities should continue to be explored, including a proposed phased construction of a boardwalk from Kampung Air Batang to Salang, subject to financial capability.
In concluding his address, His Royal Highness prayed that all the people of Pahang would observe the fasting month with faith and blessings, and continue to strengthen the close relationship between the Royal Institution and the people.
βAs long as I have the strength and breath, I will continue to serve the people of Pahang,β His Royal Highness decreed.-KESULTANAN PAHANG
