


JUMAAT, 20 FEBRUARI 2026
BAU: APM Bau telah digerakkan bagi menjalankan tugasan pemantauan awal di kawasan berisiko banjir, khususnya di Kampung Jugan.Hasil tinjauan mendapati paras air berada pada ketinggian 0.4 meter di atas jalan raya akibat cuaca hujan, namun trend air menunjukkan tanda-tanda menurun dan keadaan sungai masih berada dalam tahap terkawal.
Setakat ini, tiada sebarang insiden kecemasan dilaporkan dan semua laluan jalan raya masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Tiada pusat pemindahan (PPS) dibuka buat masa ini, namun kesiapsiagaan anggota tetap diutamakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Pihak APM Bau menasihatkan penduduk di kawasan rendah agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca dan melaporkan segera sebarang kenaikan air yang mendadak. Pasukan kami akan terus melakukan pemantauan berkala dari masa ke semasa demi menjamin keselamatan komuniti setempat
SEDIA PANTAS BERINTEGRITI
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohtar Samat
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Bau
