Memperkasa Kapasiti AKPS Demi Kawalan Sempadan Lebih Efektif

25 Feb 2026

Kementerian Dalam Negeri terus memperkukuh keupayaan Angkatan Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebagai barisan hadapan dalam memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara.

💬 KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“Setakat ini AKPS mempunyai 6,883 pegawai dan sasaran ideal adalah 13,721 bagi memastikan keberkesanan kawalan sempadan.”

  • YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pendekatan strategik ini bukan sahaja mempertingkat keberkesanan kawalan sempadan, malah menyokong kestabilan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan keselamatan dan kemakmuran bersama.

Pengukuhan kapasiti AKPS mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan sistem kawalan sempadan lebih cekap, responsif dan berdaya tahan menghadapi cabaran keselamatan masa kini.

KDN akan terus memperkasa ekosistem keselamatan negara melalui pendekatan yang tegas tetapi people-centric demi melindungi rakyat dan memperkukuh keselamatan ekonomi Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *