Polis siasat dakwaan jatuhkan kerajaan libatkan individu berpengaruh

Wartawan JM
27 FEB. 2026

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara yang melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail juga mengesahkan laporan polis diterima pada 26 Fenruari 2026 berhubung perkara berkenaan.

Mohd Khalid berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

AKTIVITI YANG MEMUDARATKAN

“Kes disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, apabila disabitkan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh dilanjutkan hingga 20 tahun,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata siasatan berhubung kes terbabit masih diteruskan dan menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sementara siasatan dilengkapkan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *