


.
๐๐จ๐ ๐จ๐ง, ๐ฑ ๐ ๐ฎ๐ฐ โ Tiga remaja yang dilaporkan hanyut ketika menaiki bot sampan di perairan Pasir Panjang, Manjung, berjaya diselamatkan oleh Maritim Negeri Perak dalam satu operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob memaklumkan, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak telah menerima maklumat kecemasan melalui panggilan talian kecemasan 999 pada pukul 6.57 petang.
Jelas beliau, sebaik menerima panggilan tersebut, operasi CARILAMAT telah diaktifkan dan Bot PERKASA 1223 diatur gerakkan ke lokasi kejadian yang dianggarkan kira-kira
3.2 batu nautika tenggara Pulau Katak.
โKeadaan cuaca semasa operasi dilaporkan kurang baik dengan angin barat laut berkelajuan antara 30 hingga 40 kilometer sejam. Ketinggian ombak mencecah 1.5 hingga 2.5 meter serta ribut petir di beberapa kawasan, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan di laut,โ jelas beliau.
Mengulas lanjut berkaitan misi pencarian tersebut, Bot PERKASA 1223 dilaporkan tiba di lokasi pada pukul 8.25 malam dan berjaya menemukan ketiga-tiga mangsa dalam keadaan selamat bersama bot sampan mereka.
Kesemua mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Marina Island, Lumut sebelum diserahkan kepada waris masing-masing pada pukul 10.10 malam. Operasi CARILAMAT ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.30 malam setelah asetkembali ke pangkalan.
Kepten Maritim Mohamad Shukri dalam pada itu berkata, tindakan pantas pengaktifan operasi CARILAMAT serta respons segera aset di lapangan telah memastikan ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
โOperasi CARILAMAT ini membuktikan kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menghadapi sebarang kecemasan di laut. Komuniti maritim dinasihatkan supaya sentiasa memantau keadaan cuaca sebelum turun ke laut, memakai jaket keselamatan serta membawa alat komunikasi yang berfungsi bagi menghadapi sebarang kemungkinan,โ jelas beliau.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan keluarga yang tinggal berhampiran kawasan perairan agar sentiasa memantau serta peka terhadap pergerakan anak-anak, khususnya golongan remaja, supaya tidak keluar ke laut tanpa pengawasan dan
langkah keselamatan yang sewajarnya.
Tambah beliau, kesedaran keselamatan maritim serta pengawasan berterusan oleh keluarga amat penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan berisiko tinggi.
.
