

KULIM, 6 MAC 2026 β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, telah menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK), Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Program dimulakan dengan pameran serta inisiatif Jom Exchange al-Quran (JEQ) sebelum para hadirin menunaikan solat Asar secara berjemaah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ketibaan tetamu jemputan, ketua jabatan serta pegawai kanan KDN.
Atur cara program diteruskan dengan bacaan doa dan persembahan montaj sebelum YBhg. Datoβ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, menyempurnakan penyerahan al-Quran kepada wakil masjid serta penyampaian sumbangan kepada penerima sebagai simbolik keprihatinan dan usaha memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Program turut diisi dengan tazkirah sempena Nuzul Quran sebelum para hadirin bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan kehadiran YB Menteri Dalam Negeri, diikuti sidang media serta pelaksanaan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah.
Program diakhiri dengan jamuan moreh serta sesi ramah mesra yang menjadi platform memperkukuh ukhuwah dan kebersamaan antara warga KDN, agensi serta masyarakat setempat dalam menghayati nilai-nilai murni berteraskan semangat Malaysia MADANI.
