






Oleh: Sholina Osman
15 MAC 2026
Hotel Seri Malaysia (HSM) Kangar, Perlis saban tahun tidak pernah lupa untuk meraikan anak-anak tahfiz dalam majlis berbuka puasa.
Sekali lagi pada tahun ini, Pengurus Besarnya Datuk Zahriah Abd Kadir memilih untuk meraikan pula anak
tahfiz Al-Hikmah, Padang Siding, Arau, Perlis.
Ia melibatkan seramai 30 orang anak-
anak tahfiz yang berusia dari 10 tahun hingga 17 tahun.
Selain itu majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri oleh Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan agensi kerajaan di Perlis.
KETUA POLIS PERLIS
Antara yang hadir termasuk Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Pada majlis ini Zahriah juga turut memberikan sumbangan kepada anak-anak tahfiz.
Anak-anak ini berpeluang menikmati hidangan Bufet Ramadan bertemakan “Nostalgia Klasik” yang menampilkan lebih 80 pelbagai menu menarik.
“MOREH” SEBELUM PULANG
Sempena majlis ini juga diadakan solat Terawih dan anak-anak ini juga diraikan dengan “moreh” sebelum pulang.
Bagi Zahriah, beliau amat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak tahfiz yang berusaha untuk menyemarakkan kitab suci al-Quran pada masa depan.
Selain itu beliau juga menghargai sokongan Pengarah serta Ketua Jabatan yang terus memberikan sokongan kepada HSM. – JM
