Pelajar Malaysia di Jordan dalam keadaan selamat, kedutaan terus pantau situasi – Duta Besar

16 Mac 2026

Pelajar Malaysia di Jordan berada dalam keadaan baik dan selamat di tengah-tengah perkembangan konflik di Asia Barat terus menjadi tumpuan, kata Duta Besar Malaysia ke Jordan Datuk Mohamad Nasri Abdul Rahman.

Beliau berkata sehingga 15 Mac, seramai 1,898 pelajar Malaysia telah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

“Sejak meletusnya konflik pada 28 Februari, pihak kedutaan telah membantu seramai 41 orang pelajar Malaysia, iaitu 39 yang menuntut di Jordan dan dua orang yang menuntut di Syria, sama ada untuk kembali ke Malaysia kerana telah menamatkan pengajian mahupun pulang ke Jordan untuk meneruskan kuliah,” katanya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *