๐Ÿšจ Jangan Benarkan Orang Lain Mengambil Kesempatan! ๐Ÿšจ

23 Mac 2026

Maklumat seperti ID Pengguna, kata laluan (PIN) dan OTP adalah kunci kepada akaun anda. Sekiranya anda berkongsi dengan pihak ketiga, anda sebenarnya telah menyerahkan kunci keselamatan kewangan anda.๐Ÿ ๐Ÿšช

Jadi, apa yang anda perlu lakukan?
1๏ธโƒฃ Jangan percaya panggilan, mesej atau e-mel yang mencurigakan.
2๏ธโƒฃ Jangan kongsi maklumat peribadi kepada sesiapa.
3๏ธโƒฃ Hubungi bank anda sekiranya anda curiga!

Ingat, pihak bank TIDAK AKAN meminta maklumat ini melalui telefon, e-mel, atau mesej!

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

๐Ÿ‘€ Jaga Rahsia Anda, Lindungi Masa Depan Anda. Akaun ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA๐Ÿ’ช

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *