Malaysia kekal berpendirian pertikaian di Asia Barat mesti ditangani melalui jalan damai – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
24 MAC 2026

Malaysia kekal dengan berpendirian bahawa segala pertikaian di Asia Barat yang kian meruncing mesti ditangani melalui jalan damai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menerusi dialog, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan ke hadapan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan dan prinsip keadilan sejagat.

Terdahulu Anwar berkesempatan mengadakan perbualan telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

BERTUKAR UCAPAN AIDILFITRI

“Kami saling bertukar ucapan Aidilfitri, sambil mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran buat seluruh rakyat di kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata perbualan turut menjurus kepada perkembangan semasa di Asia Barat yang kian meruncing.

“Saya menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap ketegangan yang berlarutan serta implikasinya kepada keselamatan serantau dan kesejahteraan rakyat, di samping menyampaikan takziah atas kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda akibat daripada serangan balas yang berlaku,” kata Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *