
26 Mac 2026
Perdana Menteri
Datok Seri Anwar Ibrahim, akan mengadakan Lawatan Khas ke Jakarta, Republik
Indonesia pada 27 Mac 2026 atas jemputan TYT Prabowo Subianto, Presiden Republik Indonesia.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan geopolitik semasa yang semakin meruncing,
khususnya konflik di Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada kestabilan serantau serta ekonomi
global, termasuk implikasinya kepada Malaysia dan Indonesia.
Perkembangan terbaru ini menuntut perbincangan yang menyeluruh, rapi dan bersepadu antara
kedua-dua negara dalam menyelaras pendirian serta memperkukuh kerjasama strategik bagi mendepani
situasi ini.
Dalam konteks tersebut, kedua-dua pemimpin dijangka akan mempergiat usaha diplomasi bagi
meredakan ketegangan serta memastikan kelangsungan laluan perdagangan dan rantaian bekalan global
yang kritikal kepada kesejahteraan rakyat.
Pertemuan ini juga akan menegaskan kepentingan memperkukuh peranan ASEAN sebagai satu blok
yang bersatu dan berprinsip, agar rantau ini berupaya bertindak secara kolektif dalam memelihara
keamanan, kestabilan serantau serta menjamin daya tahan ekonomi dalam suasana ketidaktentuan global.
