Beli petrol selain untuk tangki asal kenderaan, perlukan Permit Khas – KPDN

Oleh: Sholina Osman
25 MAC 2026

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan setiap pembelian petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki asal kenderaan iaitu bagi kegunaan persendirian perlu memohon dan mendapat kelulusan Permit Khas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Adam berkata ia bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan
diesel ini diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pembelian menggunakan Permit Khas ini adalah untuk kuantiti 20 liter
keatas sahaja dan berdasarkan kepada harga pam semasa di stesen
minyak,” kata Azman dalam kenyataan media.

Azman berkata bagi tujuan permohonan Permit Khas ianya boleh dilaksanakan melalui Sistem Permit Bekalan secara dalam talian (online) menerusi portal https: spb.kpdn.gov.my.

INI ADALAH PERCUMA

“Permit Khas ini adalah percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berkelayakan,” jelas beliau.

Azman memberitahu sehingga kini terdapat 10 kategori yang layak memohon Permit Khas daripada pihak Kementerian seperti forklift, pengangkutan air, penduduk
di kawasan pendalaman dan pulau, pengusaha industri makanan,
rekreasi air, pertanian dan penternakan, bantuan kecemasan,
penyelenggaraan, pelancongan, pembinaan berskala kecil.

Berikutan itu tambah beliau mqna-mana pihak yang telah diberi kebenaran untuk membeli minyak
petrol dan diesel melalui Permit Khas ini boleh menggunakan tong drum,
plastik atau apa-apa bekas yang selamat dan bersesuaian mengikut
kuantiti, alamat stesen minyak, tempoh dan kekerapan belian yang telah diluluskan.

“Tiada pihak selain pemegang Permit Khas dibenarkan untuk membeli
minyak di dalam tong di stesen-stesen minyak kecuali untuk kes-kes
kecemasan sahaja dan kuantiti dibenarkan adalah di bawah 20 liter
sahaja,” kata Azman. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *