SPRM SERU SALURAN MAKLUMAT RASMI, BUKAN SPEKULASI MEDIA

26 MAC 2026

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum pelbagai dakwaan yang berlegar di media berhubung isu permintaan dan pembayaran wang kepada seorang ahli politik.

Sehingga kini, tiada laporan rasmi diterima oleh SPRM berkaitan dakwaan tersebut, dan maklumat yang tular masih belum dapat disahkan.

Sehubungan itu, SPRM menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat sahih untuk tampil membuat laporan rasmi, agar siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, telus dan berasaskan fakta.

SPRM komited untuk meneliti setiap maklumat yang diterima dan sebarang tindakan hanya akan diambil berdasarkan bukti yang kukuh, selaras dengan peruntukan undang-undang.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *